Jualan Max Payne 3 Melebihi 3 Juta Unit

Sejak Max Payne 3 dilancarkan minggu lepas, jualan bagi permainan video tersebut bagaikan pisang goreng panas. Sedap dan sangat memuaskan hati. Dan menurut Dual Shock Nexus, jualan unit baginya sudah pun melebihi 3 juta.

Dan itu hanya untuk jualan konsol sahaja. Bagi versi PC pula, pelancaran globalnya terpaksa dilewatkan dari 29 Mei kepada 1 Jun. Kenapa? Menurut laporan dari Computer and Video Games, Rockstar mengatakan mereka mempunyai masalah isu produksi dan logistik bagi versi PC.

Nampaknya pengguna PC terpaksa tunggu beberapa hari lagi sebelum mereka dapat merasa Bullet Time Max Payne.

Tinggalkan komen