EA Bakal Mengumumkan Need For Speed Baru

EA baru-baru ini memperlihatkan gambar teaser bagi siri Need For Speed baru di laman muka Facebook mereka.

Di laman Facebook mereka, EA menaik gambar 2 buah kereta dengan meletakkan ayat seperti ‘Have no rules, show no mercy’  dan ‘The rivalry begins’. Adakah ini menandakan sebuah siri baru dalam francais Need For Speed, ataupun sekueal bagi reboot mereka yang sebelum ini, Need For Speed: Most Wanted?

Tetapi jika dilihat semula dalam gambar ini, perkataan Pursuit jelas kelihatan, dan mungkin juga ini menandakan bahawa ini adalah sekuel bagi Hot Pursuit.

Berita yang paling menggembirakan jika EA mengumumkan ini adalah Need For Speed: Underground 3. Ya EA, kami masih menunggunya.

Tinggalkan komen