Need For Speed Rivals November Ini. PS4 Dan Xbox One ‘Kemudian’

Seperti yang kami laporkan tadi, EA secara rasminya mengumumkan siri baru dalam francais paling lama bertahan mereka, iaitu Need For Speed Rivals yang akan dipasarkan pada 19 November ini untuk platform generasi sekarang dan PC, manakala PS4 dan Xbox One akan diumumkan kemudian.

Ghost Games, yang dahulunya dikenali sebagai EA Gothenburg, bekerjasama dengan Criterion Games untuk membawakan siri baru ini untuk para pemain. Need For Speed Rivals kali ini diperkasakan dengan enjin Frostbite 3, enjin yang sama digunakan untuk Battlefield 4.

Need For Speed Rivals

Menurut EA juga, kali ini ianya dibina dengan kebolehan bagi pemain untuk bertukar dari bermain secara individu ke permainan secara dalam talian tanpa perlu menghentikan permainan mereka. Mod ini dikenali sebagai AllDrive. 

Mod ini berfungsi sekiranya anda sudahpun berada di atas talian. Sebagai contoh, anda sedang menjalan misi secara solo, mengejar kenderaan lain di dalam dunia Rivals. Tetapi dalam masa yang sama, rakan anda juga boleh turut serta, dan secara automatik misi tersebut bertukar menjadi mod multiplayer, dan markah yang dikumpul dari situ boleh dikongsi bersama.

Setakat ini info baginya masih belum dikeluarkan sepenuhnya, tetapi nantikan sidang media EA pada E3 2013 nanti untuk banyak lagi info dari mereka.

sumber dari Joystiq via Amanz.my

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s