Xbox One – Pandangan Kami

Baru sahaja hari ini, Microsoft mengumumkan secara rasmi konsol terbaru mereka yang diberi nama sebagai Xbox One. Dalam sidang media mereka hari ini, segala ura-ura dan persoalan terjawab. Jadi apa pandangan kami mengenainya setakat ini?

Xbox One

Bagi kami di Secret Levels, Xbox One kelihatan seperti mahu menjadi sebuah gergasi dalam membawakan kesemua yang diinginkan oleh pengguna, TV, sosial, hiburan, muzik dan permainan. Dari sidang media tersebut lagi, kelihatan Microsoft berusaha kuat bagi memastikan konsol mereka mendominasi ruang tamu setiap rumah di dunia.

Sebelum sidang media ini lagi, Xbox One menerima banyak perhatian, walaupun kebanyakkannya bukanlah berita yang begitu meggembirakan pengguna Xbox yang sedia ada. Ura-ura seperti sentiasa perlu berada di talian dan halangan untuk memainkan permainan video terpakai bukanlah sesuatu yang ingin didengari oleh bakal pengguna mereka.

Namun begitu, pada sidang media tersebut Microsoft merungkai segala persoalan dan ura-ura yang dihebahkan sebelum ini.

Pertama sekali, ya, Xbox One tidak memerlukan anda untuk sentiasa berada di atas talian sepanjang masa. Anda masih boleh memainkan permainan video dalam kedaan luar talian. Berita baik bukan? Mungkin, tetapi Microsoft turut menyatakan bahawa walaupun tidak memerlukan sambungan sepanjang masa, pengguna harus sekurang-kurangnya menyambungkan ke talian internet sekali sehari, bagi memastikan sistem tersebut sentiasa menerima kemaskini terkini.

Kini setiap permainan perlu dipasang ataupun install ke dalam konsol anda. Berlalu pergi keperluan untuk memainkan permainan video anda dari penggunaan cakera seperti sekarang. Xbox One kini berfungsi seperti PC, dan keperluan untuk memasang permainan video anda ke dalam cakera keras anda adalah mandatory. Jadi bagaimana ini akan memberi kesan kepada permainan terpakai? Bagaimana pengguna akan berkongsi atau bertukar permainan video di antara satu sama lain?

Menurut satu artikel di IGN, dalam temu ramah mereka bersama pengarah eksekutif Microsoft, Phil Harrison, pengguna perlu memasang permainan video ke dalam HDD mereka sebelum boleh memainkannya, dan permainan tersebut akan kekal hanya di dalam konsol tersebut dan pemilik akaun yang dipasang. Jadi sekiranya anda menjual semula cakera kepada rakan atau kedai, pembeli tersebut masih boleh memasangnya ke konsol mereka, tetapi untuk perkara tersebut, masih ada bayaran. Ya, untuk memasang permainan terpakai di konsol lain, anda perlu membayar harga penuh permainan tersebut, sekaligus seperti anda membeli yang baru.

Ini sekaligus seperti menghentikan penjualan dan pembelian permainan video terpakai, memandangkan pengguna masih perlu membayar harga pasaran dan bukannya harga yang lebih murah untuk permainan terpakai. Tetapi Microsoft turut menyatakan bahawa pengguna masih boleh bertukar dan menjual permainan mereka di dalam talian, tetapi masih belum menjelaskan bagaimana ianya akan berfungsi.

Kawalan menggunakan pergerakan dan suara juga bagi kami satu perkara yang agak hebat. Kebolehan untuk menghidupkan konsol dengan hanya menyebut Xbox On, dan memilih siaran rancangan dengan menyebut nama siaran tersebut juga adalah perkara yang menarik perhatian kami. Untuk navigasi menu utama pula, pengguna hanya perlu menggunakan pergerakan tangan sahaja, seperti menggenggam dan menepis adalah seperti yang anda lihat di dalam filem fiksyen sahaja. Ianya menjadikan penggunaan alat kawalan jauh seperti tidak relevan lagi.

Tetapi jika anda menonton sidang media tersebut, anda akan menjadi tertanya-tanya, bagaimana Xbox One memainkan permainan video? Ini kerana sidang media tersebut terlalu memfokuskan mengenai Xbox One sebagai media hiburan seperti menonton TV dan sosial, mereka gagal mempertontonkan bagaimana konsol mereka menjalankan permainan video.

Ya memang ada beberapa pembina video tampil menunjukkan permainan video mereka untuk Xbox One, tetapi hampir kesemuanya adalah video pre rendered dan bukannya menunjukkan keupayaan grafik yang boleh dibawa oleh Xbox One. Pembina seperti Remedy hanya menunjukkan teaser bagi permainan baru mereka, Quantum Break dan Forza 5 pula hanyalah video iklan yang langsung tidak mempunyai sebarang klip permainan tersebut sedang beraksi.

Di mana permainan video? Pada siapakah Microsoft cuba untuk menonjolkan konsol mereka? Adakah mereka cuba memasarkan konsol mereka kepada pemain kasual, ataupun mereka yang cuma mahukan sebuah sistem media hiburan? Mungkin juga mereka sengaja menyimpan perkara mengenai permainan video untuk E3 nanti, tetapi untuk sidang media yang menunjukkan konsol mereka, seharusnya mereka perlu memasarkannya kepada mereka yang setia bersama mereka dahulu, para pemain video.

Bagi sesetengah para penulis artikel di laman-laman info permainan video, ramai yang menyatakan sidang media yang diadakan oleh Microsoft ini adalah satu kegagalan mereka dalam cuba menarik minat bakal pengguna mereka, terutamanya pengguna Xbox 360 yang sedia ada. Ini kerana kelihatan sangat ketara yang Microsoft terlalu memfokuskan kepada kebolehan konsol mereka untuk media hiburan, dan bukannya sebuah sistem untuk memainkan permainan video.

Kami di Secret Levels juga merasakan seperti begitu, tetapi kami tidak mengatakan bahawa ianya adalah sesuatu kegagalan. Ini kerana fungsi-fungsi penggunaannya sangat menarik perhatian kami, seperti kawalan suara dan pergerakan, namun begitu, kami merasakan seperti Microsoft lupa akan mereka yang menaikkan nama Microsoft di dalam arena permainan video, iaitu para pemain permainan video.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s