Xbox One Diumumkan!

Semalam lebih kurang pada pukul 2 pagi di waktu Malaysia, Microsoft mengadakan sidang media dia Xbox Campus untuk mengumumkan mengenai konsol terbaru mereka yang bakal menyertai Sony dalam era baru permainan video di ruang tamu. Persoalannya kini, siapakah yang bakal mendominasi ruang tamu di seluruh dunia? Adakah Sony atau Microsoft?

Kenali Xbox One. Konsol generasi baru dari Microsoft. Kenapa Xbox One? Microsoft mengatakan konsol mereka ini adalah sistem ‘semua dalam satu’ dimana ianya menggabungkan TV, internet dan permainan semua di dalam satu kotak. Jadi setakat ini, apa yang kami tahu mengenai Xbox One?

Rekabentuk Baru

Microsot kali ini mengambil langkah yang lebih kurang sama dengan Sony dalam membina konsol mereka. Ianya petak, menggunakan slot in disc tray dan juga berwarna hitam. Ya seperti sedia maklum, hitam itu memang seksi. Rekabentuknya juga kelihatan lebih teguh dan premium berbanding konsol yang mereka yang sebelumnya, dan kelihatan seperti mempunyai lubang udara yang lebih banyak, yang mungkin agak penting memandangkan Xbox One ini direka untuk sentiasa dalam keadaan hidup di ruang tamu.

Kawalan pad permainan juga diberi nafas yang baru dimana ianya kelihatan lebih kecil dan lebih selesa digunakan terutamanya dalam bermaian FPS memandangkan rekabentuk butang Trigger lebih kemas dan mengelakkan dari jari tergelincir dari butang tersebut, Kelihatan juga dua butang baru yang berada di tengah pad kawalan tersebut yang pada pandang pertama kami, kelihatan seperti butang Share seperti di Dualshock 4 (PS4) tetapi ianya lebih kepada butang pop out dan menu.

Kinect juga diberi penaiktarafan yang lebih tinggi dimana ianya kini boleh mengesan bukan sahaja pergerakan, tetapi muka dan suara. Kinect juga dikatakan akan sentiasa hidup, dimana jika sebelum ini untuk menghidupkan konsol, anda perlu menekan butang, tetapi tidak dengan Kinect dimana anda hanya perlu menyebut Xbox On dan serta merta konsol anda akan terpasang, dan mendaftar masuk ke dalam akaun mengikut suara yang dikesan.
Kinect juga menggunakan kamera yang mampu merakam video 1080p yang sudah tentu membolehkan perbualan melalui aplikasi Skype kelihatan lebih jelas dan tajam. Selain itu, teknologi IR membolehkan kinect mengesan anda walaupun dalam bilik yang kurang cahaya.

Xbox One Sebagai Media Hiburan Dan Sosial

Xbox One seperti sedia maklum mahu menjadi satu-satunya hab hiburan anda di rumah. Jadi mungkin ini menjadi sebab kenapa sepanjang sidang media mereka di Xbox Campus, kelihatan Microsoft lebih memfokuskan kepada penggunaan Xbox One untuk menonton TV, melihat filem, mendengar muzik dan dunia sosial.

Xbox One membolehkan anda menyambung sistem tv kabel anda terus kepadanya, dan serta merta anda boleh meonton rancangan kegemaran anda hanya dengan menghidupakn Xbox anda sahaja. Dengan kawalan suara dari Kinect juga, pengguna hanya perlu menyebut siaran mana yang ingin dilihat, dan serta merta Xbox akan membawa anda kepada siaran tersebut.

Dengan Snap juga, membolehkan anda menjalankan 2 aplikasi dalam satu masa. Sebagai contoh ketika anda menonton filem, mahupun menonton rancangan secara langsung, anda boleh membuka aplikasi seperti Twitter dan menjalankan aplikasi tersebut bersebelahan tanpa ada masalah atau lengah masa.

kredit gambar: amanz.my

kredit gambar: amanz.my

Salah satu perkara yang ditanya oleh pengguna adalah jika Xbox One bakal menggunakan Blu-Ray? Xbox One juga kelihatan mempunyai pemain Blu-Ray, sekaligus menjawab persoalan pengguna memandangkan di US, penggunaan Blu-Ray adalah lebih relevan, tetapi tidak di negara-negara lain seperti Asia di mana DVD masih mendominasi memandangkan Blu-Ray agak lebih mahal berbanding DVD.

Kawalan Menggunakan Pergerakan, Suara Dan Smartglass

Xbox One kini lebih memfokuskan kepada penggunaan Kinect, dimana sepanjang kami ketahui, Kinect akan didatangkan bersama-sama konsol anda di hari pembelian, menjadikan ianya satu alat yang mandatori bagi penggunaan Xbox One. Oleh kerana perkara ini, sudah tentu Microsoft perlu memastikan Kinect berfungsi tanpa sebarang masalah.

Kini untuk menghidupkan Xbox One, hanya perlu menyebut Xbox On, dan serta merta anda akan log masuk ke akaun anda melalui pengecaman suara. Untuk menjalankan sebarang aplikasi, Xbox open (nama aplikasi) dan serta merta aplikasi tersebut akan dibuka. Pergerakan juga membolehkan anda mengawal menu Xbox anda, dengan hanya menggunakan tangan dan melakukan pergerakan seperti mengenggam dan menepis ketepi, sama seperti yang anda selalu lihat di filem-filem fiksyen.

Seperti yang diperkatakan mengenai Smartglass juga, anda boleh mengawal konsol anda menggunakan tablet atau telefon pintar anda, asalkan ianya berada di dalam WiFi yang sama. Anda boleh melakukan semua perkara normal seperti mencubit untuk zoom, menolak jari untuk ke menu seterusnya, sama seperti anda menggunakan telefon pintar pada hari ini.

Xbox One Tidak Memerlukan Sambungan Internet Sentiasa

Salah satu perkara yang tidak berapa disukai oleh para pemain adalah keperluan untuk sentiasa bersambung kepada internet. Walaupun pada hari ini sambungan ke internet adalah perkara yang sentiasa kita lakukan, tetapi tidak bagi mereka yang ingni bermain permainan video. Ini kerana mereka merasakan ianya lebih kepada kawalan DRM untuk mengelakkan pemain dari memainkan permaian terpakai, dan bukannya kerana ini menjalankan aplikasi.

kredit gambar: amanz.my

kredit gambar: amanz.my

Namun Microsoft mengatakan Xbox One tidak memerlukan sambungan internet sepanjang masa, dan masih boleh menggunakannya walaupun dalam keadaaan luar talian. Namun ianya harus lebih kurang sekali sehari untuk berada di atas talian. Sambungan ke internet juga adalah lebih baik sekiranya anda ingin memastikan simpanan permainan anda terus tersimpan di awan.

Xbox One kelihatan seperti satu konsol yang ingin menjadi semua yang anda perlukan dan mahu menjadi satu-satunya sistem yang anda perlu ada untuk menjadi hab hiburan anda. Namun mampukan Microsoft mengealahkan Sony sekali lagi dalam perang generasi baru ini?

Xbox One bakal dilancarkan pada tahun ini, sama ada lebih awal dari Playstation 4 atau tidak, masih belum kami ketahui.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s