Cyberpunk 2077: Projek Baru Dari CD Projekt RED

Cyberpunk, sebuah permainan classic pada 25 tahun yang lalu, kini akan dibangunkan di era moden oleh pembina permainan video RPG terkenal, CD Projekt RED/CDPR dengan nama baru, Cyberpunk 2077. CDPR merupakan pembina bagi francais The Witcher dan The Witcher 2.

Menariknya, siri Cyberpunk yang dicipta oleh Mike Pondsmith dahulu merupakan sebuah permainan video yang menggunakan pen dan kertas/pen and paper, tetapi dalam masa yang sama menyelitkan elemen RPG yang dimainkan lebih dari 5 juta pembaca pada masa ianya dilancarkan. Dan janji dari CDPR adalah untuk menggunakan elemen yang sama, menjanjikan bahawa mereka akan kekal dengan elemen yang digunakan sejak 25 tahun yang lalu.

Video yang anda lihat diatas merupakan konsep yang mereka bayangkan untuk permainan video tersebut. Buat masa ini, proses pembinaannya masih lagi di peringkat awal, sebab itu tarikh pelancarannya hanya akan diumumkan apabila mereka betul-betul berpuas hati dengan binaan mereka nanti.

https://i1.wp.com/wpc.4d7d.edgecastcdn.net/004D7D/www/cyberpunk/img/1920x1080_TEASER_CP77.jpg

Cyberpunk 2077

Cyberpunk 2077 berlatarbelakangkan dunia futuristik ala Bladerunner dan System Shock, di mana dari video yang kami paparkan, wanita tersebut merupakan salah seorang pengguna modifikasi augmentasi yang berlebihan. Akibat dari perkara tersebut, sel organik dan augmentasi tersebut akan menyebabkan pengguna boleh hilang kewarasan dan berubah menjadi mesin pembunuh.

Disebabkan itu, pengawal bagi Night City, dipanggil MAX-TAC ataupun Psycho Squad, ditugasan bagi menghapuskan mereka yang hilang kawalan akibat augmentasi yang berlebihan.

Cyberpunk 2077 merupakan salah satu permainan video yang akan dipantau secara dekat oleh kami. Cyberpunk 2077 tidak diumumkan tarikh pelancarannya, tetapi kami berperasaan bahawa ianya mungkin akan dilancarkan untuk konsol generasi baru.

Cyberpunk 2077

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s