CEO Valve, Gabe Newell Mengesahkan Mengenai Steam Box

Dengan ratusan ura-ura kita dengari mengenai Steam Box, kali ini, laporan dari The Verge sendiri mendapat pengesahan dari CEO Valve, iaitu Gabe Newell, ya, dari mulut dia sendiri bahawa Steam Box adalah benar.

Prototaip Steam Box | The Verge

Prototaip Steam Box | The Verge

Gabe Newell dalam temubual bersama The Verge menyatakan beberapa perkara tersebut mengenai Steam Box mereka iaitu:

  • Steam Box akan dijual melalui mereka sendiri, dan setiap daripadanya akan didatangi dengan sistem operasi Linux. Tetapi, pengguna masih boleh menggunakan Windows sekiranya mereka mahu
  • Ya, Steam Box akan didatangi dengan alat kawalan sendiri, namun ada kemungkinan besar ianya tidak akan menggunakan kawalan pergerakan (motion controlled). Valve mungkin akan menggunakan kawalan berdasarkan data biometrik.
  • Pengguna berkebolehan menubuhkan ‘Steam Stores’ mereka sendiri.
  • Steam Box juga boleh menjadi sebuah server yang membolehkan pengguna menyambungkan Steam Box ke beberapa skrin komputer yang berasingan.

Jadi, Steam Box memang dalam produksi.  Adakah ia akan menjadi saingan baru dalam peperangan konsol di antara Sony, Microsoft dan Nintendo?

The Verge via Kotaku.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s