SteamBox dari Valve akan menggunakan Linux?

Hari ahad ini kita mulakan dengan berita yang agak menarik bagi anda semua yang meggemari permainan video PC dan juga anda pengguna setia servis Steam dari Valve.

Dulu kita pernah disuap dengan pelbagai ura-ura mengenai konsol dari Valve yang dikenali sebagai SteamBox. Dan (sekiranya ianya memang wujud) apabila ianya dilancarkan kelak, SteamBox tidak akan menggunakan sistem operasi Windows. Dan ya, mereka akan menggunakan sistem Linux.

Perkara ini telah diperkatakan oleh salah seorang jurutera konsol tersebut dari Valve, Ben Krasnov. Gabe Newell, pengasas bagi Valve, pada tahun lalu juga menunjukkan rasa tidak puas hatinya terhadap Windows 8 dengan mengatakan ianya adalah satu tindakan yang kurang bijak dari Microsoft. Mungkin ini adalah cara Gabe Newell mengatakan ‘Hey Microsoft, kami benci kamu. Jadi kami akan gunakan Linux. Lagipun ianya percuma!’

SteamBox? | thetanooki.com

SteamBox? | thetanooki.com

Dengan Valve sendiri berusaha dengan gigih untuk memastikan Steam dapat dijalankan menggunakan sistem operasi Linux seperti Ubuntu, tidaklah mustahil untuk SteamBox untuk mengubah lanskap permainan video PC yang sebelum ini dimonopoli oleh Microsoft.

Jadi, adakah anda akan membeli SteamBox sekiranya ianya dilancarkan kelak? Ataupun anda akan terus menggunakan PC anda?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s