Bagaimana GTA V Boleh Menyelamatkan PS Vita

Tidak dapat disangkal lagi, siri terkenal Grand Theft Auto atau GTA merupakan salah satu permainan video yang paling berjaya dalam dunia. Setiap sirinya telah terjual berjuta unit dan dengan setiap keluaran yang baru, Rockstar tidak gagal dalam memberi pemain satu pengalaman yang unik dan tidak boleh dilupakan.

Pada tahun ini pula, kami jangkakan pada bulan Mac nanti, Rockstar bakal melancarkan siri terbaru mereka dalam francais GTA, iaitu GTA V. Siri terbaru ini juga buat julung kalinya akan meletakkan 3 watak protagonis didalam satu dunia, dan pemain berkebolehan untuk bertukar watak sesuka hati mereka.

Michael | GTA V

Michael | GTA V

Mungkin juga Rockstar mula mendapat idea tersebut setelah mereka selesai dengan GTA IV dan juga 2 daripada kandungan muat-turun (Downloadable Content/DLC) mereka iaitu The Lost and Damned dan The Ballad of Gay Tony. Dalam GTA IV sendiri juga, karakter-karakter tersebut pada sesuatu masa bertemu antara satu sama lain. Mungkin dari situ, terdapat idea untuk membina siri yang baru, dimana pemain boleh mengawal ketiga-tiga karakter.

Kini dengan GTA V, Rockstar bukan sahaja boleh membawa satu pengalaman yang baru bagi para pemain, tetapi boleh membantu Sony dalam meningkat penjualannya yang, pada masa ini, sangat teruk jika dibandingkan dengan Nintendo 3DS yang saban hari, meninggalkan PS Vita jauh kebelakang.

Trevor | GTA V

Trevor | GTA V

Jadi bagaimana Rockstar boleh membantu PS Vita? Apa yang boleh Rockstar lakukan ialah membina 3 permainan video untuk Vita, dan setiap satu daripadanya menceritakan salah satu protagonis dari GTA V. Ceritanya pula adalah merupakan prekuel kepada jalan cerita utama GTA V, dimana pemain dapat melihat bagaimana kehidupan karakter-karakter tersebut sebelum GTA V.

Mungkin apa yang diperkatakan oleh saya ini agak keterlaluan, tetapi bagi saya, ianya satu idea yang baik. Idea ini bukan sahaja dapat meningkatkan jualan PS Vita dan dalam masa yang sama jualan GTA V, tetapi ianya satu perkara yang akan menggembirakan para pengguna PS Vita yang pada masa ini, mempunyai senarai permainan video yang kurang dan tidak menarik.

Franklin | GTA V

Franklin | GTA V

GTA V mungkin tidak akan dibawa masuk ke PS Vita, tetapi Rockstar boleh memberi para penggunanya merasa serba sedikit akan GTA V, sebelum mereka mula merasai pengalaman penuh siri terbaru dari mereka ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s