Ringkasan Mingguan (10 – 16 December 2012)

Kami di Secret Levels mempunyai kesukaran untuk memastikan blog ini sentiasa aktif dengan artikel dan sebagainya. Oleh kerana kesukaran ini, kami hanya boleh memberikan anda ringkasan bagi beberapa berita menarik dalam dunia permainan video bagi sepanjang minggu ini. Selagi kami tidak boleh menstabilkan keadaan blog kami, mungkin ini sahaja yang dapat kami berikan kepada anda.

Ya, kami adalah pelajar sepenuh masa.

Jadi, mari kita mulakan dengan beberapa berita yang menarik bagi minggu ini:

Valve akan bersaing dengan konsol generasi baru

Sekiranya anda pengguna servis Steam dari Valve, barangkali anda sudah tahu akan mod ‘Big Picture’ dari mereka, yang membolehkan anda memainkan permainan video anda di TV 42 inci anda bukan? Ya, mod ‘Big Picture’ adalah langkah pertama dari Valve yang mungkin suatu hari nanti akan menjadikan konsol tidak lagi relevan.

Steam Big Picture

Gabe Newell kemudian mengatakan, seawal tahun depan, anda akan dapat membeli pakej PC yang sesuai untuk kegunaan di ruang tamu anda. Huh? Ya, maksud di sini adalah PC yang dikhaskan untuk anda sambung ke TV anda dan boleh memainkan pelbagai permainan PC dari Steam menggunakan, sudah tentu, mod ‘Big Picture’. Konsol? Siapa yang perlukannya lagi?

Artikel penuhnya anda boleh baca di Kotaku.com

Crysis 3 menggunakan sepenuhnya kuasa konsol generasi sekarang, PC sudahpun berada di generasi baru

Siapa tidak kenal akan permainan FPS Crysis. Semasa Crysis diperkenalkan, ianya sudahpun melangkui kuasa grafik yang ada pada masa itu. Dan Crysis 2 pula masih lagi dikatakan sebagai permainan video dengan grafik yang lebih berkuasa dari permainan video yang lain. Crysis 3? CEO Crytek Cevat Yerli mengatakan mereka telah menggunakan sepenuhnya kuasa dari konsol generasi sekarang, tidak ada sedikit pun yang tertinggal.

Katanya lagi, Crysis 3 akan menjadi penanda aras bagi kuasa grafik untuk semua permainan video, dan sekiranya digunakan di PC yang berspesifikasi tinggi, ianya akan mampu bersaing, atau mungkin mengatasai konsol generasi akan datang. Pendapat kami? Kalau ditonton video demo bagi Crysis 3 menggunakn CryEngine 3, kami sendiri menangis melihat grafik yang dibawakan oleh mereka.

Klik untuk artikel penuh di videogamer.com

Rockstar ingin suatu hari nanti menggabungkan kesemua bandar GTA mereka

Liberty City, Vice City, San Andreas digabungkan? Urm, YEAH! Pengurus bagi Rockstar North, Leslie Benzies mengatakan mungkin suatu hari nanti mereka akan menggabungkan kesemua bandar mereka, dan membolehkan pemain pergi dan balik ke semua lokasi-lokasi kegemaran mereka.

Sebelum ini juga terdapat satu misi di dalam GTA: San Andreas di mana CJ diterbangkan ke Liberty City dan pada masa itu, peminat agak teruja kerana buat pertama kalinya, pemain dapat kembali ke salah satu bandar ikonik dari Rockstar. Tetapi, cabaran yang mungkin akan dihadapi adalah untuk kembali ke Vice City. Ini kerana perkara yang ikonik baginya bukanlah hanya pada bandar, tetapi tema 80-an mereka. Jadi untuk kembali ke Vice City pada era yang berbeza mungkin akan terasa sedikit kekok.

Seperti biasa, klik pautan untuk artikeal asal dari IGN.com

kredit untuk gambar ‘header’ kepada rymae dari deviantART

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s