HALO 4 Menjadi Sebab Pertama Kenapa Akhirnya Saya Inginkan Xbox 360

HALO 4 bakal dipasarkan pada penghujung tahun ini dan ya, ia kelihatan sangat menarik. Dan buat kali pertamanya, saya terasa ingin untuk memiliki sebuah Xbox 360 hanya untuk HALO 4 sahaja.

Menjadi penulis/editor untuk bahagian Playstation 3, saya tidak langsung ada keinginan untuk memiliki Xbox 360. Ini bukan bermakna saya seorang ‘fanboy’, cuma permainan video yang terdapat di sana tidak terlalu menarik minat saya. Siri HALO yang saya pernah main hanya HALO:Combat Evolved sahaja, dan itupun kerana ianya ada untuk PC.

Dan dengan kehadiran HALO 2 di Xbox pula, Bungie tidak berjaya menarik minat saya untuk membeli permainan video mereka dan sebuah Xbox untuk meneruskan trilogi yang mereka cipta. Entah. Mungkin saya sudah dari kecil membesar dengan konsol Sony, membuatkan saya lebih cenderung untuk memiliki Playstation 2 dari Xbox walaupun saya tahu, Xbox sebenarnya mempunyai kelebihan dari segi grafik dari konsol milik Sony.

“tetapi Playstation 3 pula(pada pendapat saya) mempunyai lebih variasi dalam katalog mereka. Minat untuk HALO dan keinginan untuk memilik Xbox360 terus hilang”

Dan kemudian Xbox360 tiba. Sekali lagi Microsoft gagal menarik minat saya. Bungie pula mula mengeluarkan pelbagai lagi siri HALO sepert HALO 3, ODST dan REACH. Semuanya kelihatan sangat menarik tetapi mungkin juga saya kurang berminat dengan siri ini kerana kelihatan Playstation 3 juga memiliki beberapa FPS yang menarik seperti Killzone 2 dan trilogi Resistance. Tambahan pula, Xbox 360 kelihatan lebih cenderung untuk permainan video aksi sahaja, tetapi Playstation 3 pula(pada pendapat saya) mempunyai lebih variasi dalam katalog mereka. Minat untuk HALO dan keinginan untuk memilik Xbox360 terus hilang.

Dan kemudian 343 Industries mengambil alih siri HALO selepas Bungie mengucapkan selamat tinggal kepada Microsoft. Dan mereka mula mengatakan tentang HALO 4. Pada mulanya saya tidak terlalu memberi perhatian kepada perkara ini sehinggalah mereka mengeluarkan video diari pembina untuk HALO 4. Saya melihat satu perubahan drastik dari segi grafik dan juga mekanik permainannya. Dan dari situ, saya lebih memberi perhatian kepada HALO 4 berbanding permainan video yang lain.

Hari demi hari, lebih banyak info mula timbul di internet, dan lebih banyak paparan skrin dikeluarkan dari HALO Waypoint. Minat untuk memiliki permainan video ini mula tiba. Tetapi ada satu masalah. Saya tak ada Xbox 360. Sebelum ini juga tidak pernah ingin memiliki konsol tersebut tetapi buat pertama kalinya, produk dari 343 Industries ini berjaya membuat saya ini memiliki konsol Microsoft ini.

Dari lonjakan grafiknya yang saya lihat, lebih cantik dari Killzone 2 dan Killzone 3 yang dahulunya disanjung kerana tahap grafik yang tinggi dari mana-mana permainan video di konsol. Begitu juga Uncharted 3, yang saya mengaku, pada hari pertama saya memainkannya, saya amat terkejut dengan grafik yang dibawa oleh Naughty Dogs.

Ya. Dalam artikel ini saya hanya memfokuskan kepada grafik sahaja. Ini kerana saya sendiri belum pernah memainkannya. Mungkin ramai yang kata, saya ini hanya sukakan grafik, sedangkan grafik tidak penting, yang penting hanya mekanik permainan. Saya setuju, dan sebelum ini juga grafik bagi saya adalah kedua. Tetapi HALO 4 berjaya menarik minat saya hanya dari menonjolkan grafik sahaja. Tapi adakah mekanik permainannya juga setanding dengan grafik mereka? Itu masih akan menjadi tanda tanya sehinggalah ianya akan dipasarkan nanti.

Mungkin saya akan membeli sebuah Xbox 360, ataupun mungkin juga tidak. Tapi pada masa ini, apa yang ditonjolkan oleh 343 Industries dengan HALO 4 mereka telah menarik minat saya untuk menyelami semula dunia HALO bersama Master Chief dan Cortana.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s