Left 4 Dead 2: Permainan Pertama Valve Untuk Linux

Linux merupakan salah satu sistem operasi sumber terbuka yang semakin hari, semakin mendapat tempat di dunia sekarang. Namun, ianya masih lagi tidak disokong oleh syarikat-syarikat besar khusunya syarikat permainan video. Namun itu semua akan berubah apabila Valve dengan rasminya mengumumkan bahawa mereka akan membawa Left 4 Dead 2 untuk Ubuntu.

Sebelum ini juga, Valve tidak berahsia dalam perancangan mereka dalam pembangunan Left 4 Dead 2 untuk Ubuntu. Malah, Kotaku juga pernah melawat Valve dan melihat sendiri pembangunannya dimana Valve memainkan L4D2 di sistem operasi Ubuntu.

L4D2 juga bukan satu-satunya permainan video yang bakal dibawa oleh Valve untuk Linux, tetapi ianya adalah permainan pertama dari mereka. Dan permainan-permainan lain juga akan dibawa masuk oleh mereka tidak lama lagi. Valve juga akan cuba sebaik mungkin untuk membolehkan Linux memainkan permainan video dengan lancar seperti di Windows.

Pengguna Linux pastinya akan gembira dengan berita ini memandangkan Linux hingga hari ini kekurangan permainan video yang menarik. Jadi sama-sama kita nantikan pelancaran klien Steam untuk Linux tidak lama lagi.

steamd’s penguins via kotaku.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s