Konsol Khas Menggunakan Android, Berharga $99

Pada masa kini, dunia permainan video masih lagi membincangkan isu mengenai Wii U, Xbox 720 (Durango) dan Playstation 4 (Orbis). Tetapi apa yang lagi menarik ialah satu usaha untuk membangunkan sebuah konsol yang dijana menggunakan operasi sistem Android.

Kenali OUYA. Konsol yang dikatakan bakal merevolusikan arena permainan video di ruang tamu anda tidak lama lagi. Julie Uhrman yang dahulunya adalah bos di bahagian permainan muat-turun di laman permainan video terkenal IGN, merupakan CEO dan juga pengasas bagi konsol baru ini. Dalam temubualnya bersama Kotaku, Julie Uhrman mengatakan ‘Kami tidak suka apabila perlu membayar $60 untuk sesuatu permainan video dan ditipu. Kami juga tidak suka apabila para pembangun tidak boleh membina permainan video di sesuatu konsol kerana kos yang terlalu mahal’.

Apa yang menarik mengenai OUYA ialah ianya konsol terbuka ataupun Open Source. Jadi sekiranya anda membeli konsol ini, anda berhak untuk melakukan apa sahaja yang anda ingini. Jika anda ingin root sistem yang sedia ada, anda dipersilakan. Jika anda ingin menambah chip baru ataupun ingin membina persisian baru, adalah sangat dialu-alukan oleh mereka. Kata Julie lagi, konsol ini sangat terbuka, hinggakan para penyumbang meminta konsol ini digodam.

Bagaimana dengan spesifikasinya? Walaupun ianya menggunakan Android, tidak bermakna ia tidak mampu memberi permainan video yang berkualiti dan berkuasa tinggi. Ini kerana spesifikasi baginya adalah seperti berikut:

Konsol:

Tegra 3: Quadcore ARM CortexA9+CPU

1GB LPDDR2 RAM

8GB on-board Flash

HDMI dengan sambungan 1080p HD

WiFi 802.11 b/g/n

Bluetooth LE 4.0

Sistem Operasi:

Android 4.0

Kebolehan untuk root tanpa membatalkan jaminan

Seperti yang anda tahu, Nvidia Tegra 3 merupakan antara chip pemprosesan yang sangat berkuasa tinggi. Ianya mampu menjana permainan video berkuasa tinggi seperti yang ditunjukkan dalam video di bawah:

Jadi tidak mengejutkan sekiranya konsol ini berjaya dilakukan, kita dapat memainkan pelbagai lagi permainan video yang hebat-hebat pada kadar yang lebih murah. Dan lebih menarik lagi, permainan video tersebut tidak semestinya dibina oleh syarikat-syarikat besar, malah ia juga mungkin dibina oleh satu pasukan indie yang kecil mahupun hanya seorang pembina sahaja.

Lagipun, konsol ini dibina untuk menggalakkan lagi pembinaan permainan video dari pembina indie. Jika anda pernah menonton filem dokumentari Indie Game the Movie, pasti anda dapat lihat bagaimana susahnya para pembina permainan video kecil-kecilan ingin memasarkan permainan video mereka, walaupun hanya ingin memasarkan di XBLA Indie Market.

Jadi apa yang para pembinan OUYA inginkan? Sumbangan anda untuk mereka mencapai target sebanyak $950,000. Ya, satu wang yang besar tetapi ini hanya untuk konsol yang akan berharga sebanya $99 sahaja sekiranya target mereka dicapat dalam masa 29 hari ini. Anda boleh menyumbang minimum $10 atapun $90, dimana anda akan menerima konsol tersebut sekiranya ianya dilancarkan kelak (hanya untuk sumbangan $90 ke atas).

Dan jika anda betul-betul menyokong usaha ini, atapun anda juga salah seorang pembina permainan indie, dengan menyumbang sebanyak $699, anda akan menerima konsol tersebut bersama kit pembangunan bersamanya sekali. Anda boleh melihat lebih lanjut mengenainya di halaman Kickstarter mereka.

Jadi, mungkin kini tiba masa untuk kita menerima pencabar baru dalam peperangan antara konsol yang terus berlangsung hari ini. Adakah OUYA akan menjadi Underdog yang mampu mengejutkan semua orang? Kita tunggu dan lihat sekiranya konsol ini berjaya terbina.

laporan asal dari kotaku

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s