E3 2012: Video Permainan ZombiU

ZombiU merupakan permainan video baru dari Ubisoft khas buat konsol baru Nintendo, Wii U. Ianya permainan video yang menggunakan sepenuhnya alat kawalan Wii U.

ZombiU mengambil elemen survival yang lebih realistik, dimana anda tidak akan selalu bertembung dengan zombie, tetapi setiap pertembungan ianya sangat menakutkan. Corak permainnya membuat anda teragak-agak dengan setiap pergerakan anda, kerana risau akan ancaman.


Salah satu perkara yang menarik dalam ZombiU adalah sekiranya anda mati, anda akan terus digantikan dengan karakter lain, dan karakter anda yang sebelum ini akan menjadi zombie. Ini bermakna, anda akan kehilangan pelbagai barangan yang anda perolehi sebelum ini.

Tetapi, sekiranya anda terjumpa karakter anda yang telah menjadi zombie, anda dapat lihat barangan lama anda masih padanya, dan untuk memilikinya semula, anda hendaklah membunuhnya.

ZombiU merupakan salah satu permainan yang sangat menarik semasa pengumumannya di E3 baru-baru ini. Buat masa ini, ianya dikatakan sebagai permainan pelaris konsol tersebut, memandangkan ianya tampak lebih menarik dari permainan video lain.

Nantikan pelancaran Wii U dan ZombiU kelak nanti.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s