Criterion: NFS: Most Wanted Mengandungi Semua Yang Terbaik Dari Burnout

Criterion, pembina yang terkenal dengan permainan video Burnout dan Burnout Paradise, kini mengambil alih Need For Speed: Most Wanted dari EA. Mengatakan ia mengandungi semua yang terbaik dari Burnout.

Katanya, NFS: Most Wanted mengambil inspirasi dari semua permainan video yang pernah dibina oleh mereka, dari siri Burnout, hinggalah ke Need For Speed: Hot Pursuit. Jadi tidak mengejutkanlah jika NFS yang baru ini mempunyai sedikit persamaan dengan Burnout.

Tambah mereka lagi, Hot Pursuit bukanlah satu permainan video yang mereka berpuas hati, kerana masih banyak yang mereka ingin lakukan untuknya. Oleh itu, NFS: Most Wanted menjadi peluang kedua mereka, dengan mengandungi keseronokan dunia terbuka dan pelanggaran dan kemusnahan seperti Burnout Paradise.

Need For Speed: Most Wanted kelihatan dan kedengaran sangat menarik kini. Tetapi, mampukah mereka menebus kembali keunggulan Need For Speed yang kini mempunyai ramai peminat yang tidak berpuas hati dengan kualitinya pada masa kini.

Sama-sama kita nantikan pelancarannya kelak.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s