E3 2012: Video Demo The Last Of Us

The Last of Us adalah salah satu permainan video yang amat dinantikan oleh para pengguna Playstation 3 dan peminat Naughty Dog. Sebelum ini kita disuap dengan dua trailer dan pelbagai imej sahaja. Hari ini, kami menyuap anda demo baginya.


Dalam demo ini, anda dapat melihat sendiri bagaimana suasana yang Joel dan Ellie alami. Dunia yang hampir musnah dan moraliti manusia yang semakin hancur. Manusia tidak kisahkan sesiapa melainkan dirinya sendiri. Dan juga kelihatan seperti Ellie, bukanlah setakat karakter yang perlu anda jaga sepanjang masa, kerana dia berupaya bertindak dengan sendiri.

Peluru dan senjata juga bukanlah sesuatu benda yang mudah untuk dimiliki. Jika dilihat dalam video tersebut, Joel menyerang musuh dan berjaya mendapat 2 peluru sahaja darinya. Oleh itu, anda perlu bijak menggunakan persekitaran anda cara anda ingin menyerang musuh.

Salah satu perkara yang menarik bagi kami ialah corak permainannya kelihatan agak lancar dan seolah-olah memiliki ciri-ciri sebuah filem. Terdapat satu ketika dimana semasa saya menonton video tersebut, saya katakan ini bukanlah permainan video, tetapi sebuah filem, yang dilakonkan oleh manusia.

Dan Naughty Dog sekali lagi membuktikan kebolehan mereka dalam membina sebuah permainan video yang menggunakan sepenuhnya kuasa Playstation 3. Ianya kelihatan lebih cantik dan lancar berbanding Uncharted, dan pergerakan karakter juga kelihatan lebih realistik.

The Last of Us mungkin tidak akan dilancarkan lagi pada tahun ini, tetapi ianya satu permainan video yang berbaloi untuk ditunggu, kerana dari pandangan kami, ianya bukanlah hanya sebuah permainan video, tetapi sebuah filem yang mempunyai  ciri artistik didalamnya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s