E3 2012: Trailer Need For Speed Most Wanted + Info Baru

Ya! Seperti yang kami laporkan, Need For Speed: Most Wanted akan kembali di konsol anda. Ianya adalah binaan semula ataupun reboot dan kali ini, ianya dibina oleh Criterion Games yang terkenal dengan siri Burnout.

Need For Speed: Most Wanted kali ini akhirnya membolehkan pemain membawa kenderaan mereka di dunia NFS yang terbuka, sama seperti pada siri tahun 2005 yang lalu.

Sistem Autolog juga akan kembali, yang membolehkan anda bersaing dengan rakan-rakan anda yang lain dari segi masa sesuatu perlumbaan mahupun jumlah takedown yang anda dapat.

Ya, sama seperti siri Burnout, Criterion Games cuba membawa elemennya sedikit didalam NFS Most Wanted ini, untuk menjadikan permainan yang lebih menarik. Dan sama seperti siri sebelum ini, anda akan dikejar pihak polis sekiranya anda dikesan, tetapi kali ini, anda boleh menukar dari satu kenderaan ke kenderaan yang lain, untuk mengelakkan dari daripada polis.

Tetapi pada pandangan kami, kelihatan kali ini, masih tiada corak permainan yang membolehkan anda mengubah suai kenderaan anda, yang merupakan elemen utama dalam siri pada tahun 2005 yang lalu. Tetapi kami masih tidak pasti mengenainya lagi.

Dan di sini juga kami sertakan video permainan rasminya oleh IGN semasa persidangan EA di E3 2012. Need For Speed: Most Wanted akan dilancarkan pada 30 Oktober tahun ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s