E3 2012: Halo 4 Akhirnya Dipaparkan

Sebelum ini anda hanya melihat gambar, trailer dan juga ‘video bocor‘ untuk Halo 4. Ramai yang menantikannya video permainannya, dan juga ingin melihat bagaimana 343 Industries membawa siri lagenda itu.

Dan semasa E3 2012, Microsoft secara rasminya memaparkan video permainannya kepada seuma penonton di persidangannya. Pandangan pertama kami, WOW!

Apa yang cuba dibawa oleh 343 Industries kelihatan amat baik sekali setakat ini. Perubahan paparan HUD juga kelihatan lebih kemas dan realistik berbanding yang dahulu. Dan apa yang kami sukakan ialah panggilan video di dalah HUD tersebut, yang menambah lebih drama di dalam setiap misi.

Dari segi grafik pula, ya, 343 Industries mengotakan janji mereka, iaitu ingin membina siri Halo yang mempunyai grafik yang lebih tinggi dari Bungie. Tambahan pula, musuh yang diperkenalkan kali ini adalah dikenali sebagai Didact. Didact pula merupakan salah satu Forerunner yang berpangkat tinggi dalam dunia Halo.

Setakat ini, Halo 4 kelihatan amat menarik sekali. Dengan AI yang lebih pantas dan bijak, dan juga kelihatan pelbagai senjata baru dibina untuk siri ini. Halo 4 akan tiba di Xbox 360 pada 6 November ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s