E3 2012: BEYOND: Two Souls

Quantic Dream, pembina permainan video terkenal seperti Fahrenheit dan Heavy Rain, akhirnya mengumumkan permainan video terbaru dari mereka yang dinamakan BEYOND: Two Souls.


Dalam trailer di atas, anda dapat lihat sejauh mana Quantic Dream berada dari segi motion capture dalam industri permainan video. Dalam BEYOND: Two Souls, anda memainkan watak sebagai Jadie Holmes, yang memperolehi kuasa supernatural yang membolehkannya berhubung dengan entiti bernama Aiden.

Dan dalam siri terbaru ini, watak utama anda diambil dan dilakonkan sepenuhnya oleh pelakon wanita terkenal, iaitu Ellen Page(Inception, Juno). Ini merupakan kali pertama Quantic Dream menggunakan pelakon terkenal untuk menjadi watak utama permainan video mereka.

Sama seperti siri lain yang dibina oleh Quantic Dream, seluruh pengembaraan anda adalah dalam bentuk Quick Time Events, dimana anda perlu menekan simbol yang dipaparkan di skrin dengan tepat dan pantas. Jika anda gagal, maka perjalanan anda terhenti di situ.

BEYOND: Two Souls akan dilancarkan pada 2013 nanti untuk Playstation 3.

blog.us.playstation

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s