Assassin’s Creed III: Liberation Khas Untuk PS Vita

Pada 29 Mei lalu kami ada melaporkan ura-ura bahawa Assassin’s Creed III akan ada untuk PS Vita. Kami tidak salah, cuma ianya bukanlah Assassin’s Creed yang bakal anda mainkan di konsol nanti.

Untuk peranti PS Vita, Ubisoft Sofia membina sebuah spin-off bagi Assassin’s Creed III iaitu AC: Liberation. Kali ini, anda akan memegang watak pembunuh upahan wanita bernama Aveline. Beliau merupakan seorang pembunuh upahan yang berketurunan Perancis/Afrika. Ini juga merupakan kali pertama siri AC menggunakan watak wanita.

Walaupun ianya adalah sebuah spin-off, tetapi ia tidak lari dari dunia AC III. Malah, Aveline akan turut berada dalam masa yang sama dengan AC III, tetapi dalam masa yang sama, tidak ada kaitan langsung dengan Desmond. Dari majalah Game Informer, mereka mengatakan bahawa siri ini akan tetap mempunyai ciri-ciri permainan yang sama seperti AC yang sebelum ini, disamping menggunakan sepenuhnya kebolehan skrin sesentuh dan pad sentuhan di belakangnya.

Assassin’s Creed III: Liberation akan dilancarkan serentak bersama AC III, iaitu pada 30 Oktober dan ianya adalah eksklusif untuk Playstation Vita.

gamestatics.com/venturebeat.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s