Iron Man 3 Bakal Memperkenalkan Iron Patriot

Iron Man 3 sudahpun dalam sesi penggambaran bermula di North Carolina. Robert Downey Jr. akan kembali memegang watak wira yang kita semua sukai, Iron Man. Tetapi siapakah Iron Patriot?

Iron Patriot mula diperkenalkan pada tahun 2009 dalam Dark Avenger #1. Iron Patriot dibina oleh Norman Osborn dengan menggunakan StarkTech, selepas Avengers Towers dirampas oleh H.A.M.M.E.R. Bagi yang tidak mengikuti komik Marvel, Iron Patriot diwarnakan sempena Captain America, sambil menggunakan perisai Iron Man model lama.

Semasa penggambaran di North Carolina, perisai Iron Patriot dilihat ada di set, dan dipakai oleh James Badge Dale, yang bakal memegang watak sebagai Eric Savin. Memandangkan Norman Osborn sudahpun memegang watak sebagai Green Goblin pada filem Spiderman tahu 200o lalu, mungkin akan ada sedikit sejarah mengapa Eric Savin pula memakai perisai Iron Patrio di dalam Iron Man 3 ini.

Iron Patriot mungkin adalah salah satu antagonis dalam filem baru ini. Tetapi, terdapat juga ura-ura bahawa salah satu lagi antagonis ialah The Mandarin. Kami sendiri tidak pasti sama ada Iron Man bakal berdepan dengan kedua-duanya dalam filem ini atau tidak.

comingsoon.net

1 responses to “Iron Man 3 Bakal Memperkenalkan Iron Patriot

Tinggalkan komen