E3 2012: Mungkin Gaikai Bukan Pilihan Sony

Pada minggu lepas, terdapat pelbagai spekulasi mengatakan bahawa Sony mungkin akan memasuki arena permainan video awan. Dan antara calon-calonnya adalah OnLive dan Gaikai. Tetapi, Gaikai mungkin tidak akan bekerjasama dengan Sony.

Ini kerana dari forum onlivefans.com, seorang pengguna bernama thehillissilent mengatakan bahawa satu artikel dari The Verge (yang telah pun dipadam oleh laman tersebut) ada memaparkan gambar Samsung Smart TV dengan aplikasi Gaikai terbina sekali didalamnya,

Tambahan lagi, artikel dari The Verge sendiri juga mengatakan

‘ianya Samsung Smart TV, memainkan permainan video yang berkuasa tinggi seperti The Witcher 2, tanpa sebarang kotak permainan; ianya dimainkan terus dari internet’

Sekiranya Gaikai bekerjasama dengan Samsung, bagaimana pula dengan Sony? Adakah Gaikai mampu untuk menjalinkan kerjasama denga dua syarikat besar dalam masa yang sama? Bagi kami, mungkin OnLive yang bakal membawa permainan video awan ke konsol Sony nanti.

Tetapi ianya masih belum disahkan oleh sesiapa lagi, jadi sama-sama kita nantikan keputusannya di E3 2012 tidak lama lagi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s