E3 2012: Ura-ura Mengatakan Sony Bakal Mengumumkan inFAMOUS 3 Dan Killzone Baru?

E3 2012 bakal tiba tidak lama lagi, dan selain dari pelbagai trailer-trailer baru, ura-ura berkaitan permainan video baru tidak terlepas dari arena internet. Dan bagi onlysp.com, mereka mengatakan, Sony mungkin akan mengumumkan beberapa sekuel dari siri-siri yang berjaya sebelum ini.

Antaranya adalah inFAMOUS 3. Jika dilihat dari satu tulisan dari dualshocknexus.com, mereka mengatakan bahawa Sucker Punch, pembina bagi siri inFAMOUS mungkin dalam perancangan untuk inFAMOUS 3. Beberapa gambar dipaparkan dimana kelihatan para pembina berada didalam bilik bersama projektor dan juga ‘motion-capture’ dilakukan. Walaupun ini bukanlah sesuatu kepastian, tetapi mungkin juga di E3 nanti, Sucker Punch akan memaparkan teaser trailer bagi inFAMOUS 3 atau mungkin, francais baru mereka.

Dan seperti biasa, Guerilla Games pasti tidak akan terlepas dari mengambil bahagian dalam E3. Sebelum ini juga, Siliconera ada mendedahkan skrip yang akan diceritakan di permulaan Killzone baru ataupun mungkin pada trailer Guerilla Games di E3 nanti.

My sons and my daughters, today we take the first step toward our imperial future.

For years, this once-great nation has stagnated in the shadow of its enemies. Governed by scoundrels who flaunted the ideals established by my father, these traitors… these enemies of our race have diluted and exploited the triad of Duty, Obedience, and Loyalty.

This regime, this corrupt regime, has been dissolved. In its place does rise an era of stability and strength. A time of opportunity born from a promise that we shall return our people to their proper sphere of dominance.

Dengan E3 berlangsung pada minggu hadapan, nantikan pelbagai kejutan-kejutan yang akan dibawa oleh pembina-pembina permainan video nanti.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s