E3 2012: Trailer Baru Tomb Raider

E3 2012 bakal berlangsung tidak lama lagi. Lebih tepat, hanya tinggal seminggu lagi sebelum bermulanya E3 2012 dengan persidangan dari Sony dan Microsoft sebagai pembuka ekspo ini.

Seperti biasa, para pembina permainan video akan menghidangkan pemain-pemain dengan pelbagai trailer-trailer baru. Dan bagi peminat siri Tomb Raider, pastinya anda akan tersenyum apabila melihat trailer baru baginya.

Bagi mereka yang masih tidak tahu, Crystal Dynamics dan Square Enix kini memulakan semula francais Tomb Raider dengan siri barunya yang bakal dilancarkan pada 5 Mac tahun hadapan. Siri ini juga membawa pemain ke arah permulaan pengembaraan Lara Croft, di mana pemain akan mengawal watak Lara Croft semasa remaja.

Pandangan pertama kami, siri ini kelihatan menarik kerana jika dilihat kepada trailer di atas, ianya mungkin kelihatan seperti Uncharted. Tetapi dalam Tomb Raider, ianya lebih kepada arah survival dan tona yang lebih gelap dari siri-siri sebelumnya.

Dan ‘Quick Time Events’ juga seperti akan dimasukkan di dalam siri ini, menjadikan permainan anda tidak akan terhenti dari sebarang aksi yang bakal anda hadapi. Ianya kelihatan menarik dan mungkin akan menaikkan semula nama Tomb Raider di arena permainan video.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s