Ura-Ura: Jalan Cerita Dan Karakter GTA V Didedahkan

Seperti yang sedia maklum, siri Grand Theft Auto merupakan siri permainan video yang terkenal dan juga paling berjaya dalam sejarah permainan video. Dan Oktober tahun lepas, kita dihidangkan dengan satu, hanya satu trailer dan ratusan ura-ura.


Dan ini tidak terlepas dari itu. Satu laman blog tidak rasmi Grand Theft Auto 5, mengatakan mereka menerima jalan cerita dan karakter-karakter yang bakal membintangi siri terbaru ini. Berikut adalah maklumat yang diterima oleh mereka.

Jalan Cerita

Pemain akan memainkan watak Chico Vialpando, seorang hartawan dan diminati ramai gadis-gadis. Dan dalam masa yang sama, Leo Johnson, anak Carl ‘CJ’ Johnson (GTA San Andreas) dijaga oleh Kendl Johnson, selepas kematian CJ dalam kejadian tembak menembak pada 1992 dan kematian ibu Leo, Denise dalam kemalangan kenderaan pada 1995.

Dikatakan selepas kematian CJ, Denise menghabiskan kesemua wang keluarga mereka, dan kemalangannya juga mungkin adalah kejadian bunuh diri. Dan kini, Leo Johnson berumur 20 tahun, dan hari demi hari, dia dihasut untuk memasuki kumpulan gangster. Cesar Vialpando pula menceritakan Leo legasi CJ dahulu.

Dan semuanya menjadi leih rumit apabila Chico bertemu dengan Toni Cipriani (GTA III, GTA Liberty City Stories). Toni tiba di Los Santos, meninggalkan perkahwinannya yang kini tiada lagi. Chico pula bakal dijadikan permainan Toni, yang mempunyai agenda tersendirinya di San Andreas.

Karakter-Karakter

CHICO VIALPANDO

CESAR VIALPANDO  
KENDL VIALPANDO
LEO JOHNSON
TONI CIPRIANI
JOEY FARRINGO
FRANK BASTACCI
GREG MACILVOY
ELI PAYNE
VERONICA FANNING
REGGIE WILSON
CHUCK ‘DADDY’ LOW
DEX KINTON
HOSÉ GONZALES
AGENT 69
CINDY BUCKSTUD
ED WALLBERGER
Dan itulah antara yang diterima oleh blog tersebut. Dikatakan dalam cerita ini, Chico dan Leo adalah saudara, memandangkan Leo merupakan anak kepada CJ,  dan dijaga oleh ibu dan bapa Chico, Kendl Johnson dan Cesar Vialpando. Di sini juga kelihatan ramai karakter-karakter dari siri sebelum ini menjadi karakter penting dalam cerita ini, sebagai contoh Toni Cipriani sendiri, dari GTA III dan Liberty City Stories.
Dikatakan sebagai Leo Johnson
Dikatakan sebagai Toni Cipriani (GTA III, GTA Liberty City Stories)
Menurut blog itu juga, perkara ini diterima dari salah seorang pekerja di Take Two Interactive sendiri. Tidak tahula sama ada perkara ini benar atau tidak. Tetapi, jalan ceritanya agak logik dan pada pandangan kami sendiri, tiada sesiapa pun yang rajin nak mencipta sendiri jalan cerita sebegini hanya untuk suka-suka.
Walau apapun, E3 akan tiba tidak lama lagi, dan kami akan menanti sendiri pengumaman mengenai GTA V ini dari Rockstar, sekiranya mereka akan mengumumkannya nanti.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s