Ura-Ura: Assassins Creed III Dan Ghost Recon: Final Mission Untuk Playstation Vita

Satu perbualan di forum Neogaf melaporkan sebuah kedai pemainan video di UK, Zavvi, membuka halaman untuk pra-pesan Assassin’s Creed III untuk Playstation Vita.

Tetapi tidak lama kemudian, halaman itu telah dipadamkan semula. Ianya tidak pasti sama ada ianya satu kesilapan ataupun sememangnya ia benar, dan mereka tidak sepatutnya membuka halaman pra-pesan baginya sebelum mendapat pengumuman rasmi dari Ubisoft sendiri.

Disamping itu juga, di laman web Game UK pula, pra-pesan bagi Ghost Recon: Final Mission pula kelihatan dipamerkan bersama denga Resistance: Burning Skies. GR: Final Mission juga adalah untuk Playstation Vita. Tidak lama kemudian, halaman itu juga terus ditutup setelah berita mengenainya tersebar.

Berita mengenai Assassin’s Creed III memang sudah lama diumumkan, cuma ianya tidak dikatakan ada untuk PS Vita. Dan bagi Ghost Recon: Final Mission pula, tiada apa-apa berita langsung mengenainya selain dari Ghost Recon: Future Soldier. Ianya menjadi tanda tanya sama ada ini adalah benar ataupun tidak.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s