Sony Bakal Bekerjasama Dengan Onlive/Gaikai?

Baru-baru ini VG24/7 ada melaporkan kemungkinan salah satu pengumuman rahsia Sony bagi E3 tahun ini adalah kerjasama mereka bersama dengan salah satu servis permainan video awan yang ternama, sama ada Onlive ataupun Gaikai.

“partnership deal between PlayStation and a leading cloud gaming service” salah satu kenyataan dari VG24/7 sendiri. Adakah perkara ini benar?

Mungkin juga, kerana sebelum ini juga Sony sudahpun melakukan kerjasama bersama Onlive dalam membawa servis permainan video awan mereka ke Xperia Play,  dan Onlive sendiri mempunyai konsol mikro mereka. Membawa servis mereka ke konsol Sony mungkin tidak menjadi satu masalah.

Tetapi Onlive bukanlah satu-satunya syarikat yang menyediakan permainan video awan. Salah satunya adalah Gaikai, yang juga merupaka peneraju servis ini. Dan syarikat-syarikat yang berkerjasam dengan Gaikai bukanlah yang kecil-kecil, tetapi yang ternama seperti EA, THQ, CAPCOM, Ubisoft dan banyak lagi.

Tambahan pula, salah satu perbualan di forum NEOGAF ada melaporkan sebuah laman web Perancis, Gameblog mengatakan:

“Gaikai has major announcements for E3, which has the potential to change the future of video game, the game consoles and the way in which we play.”

Ini menambah satu lagi spekulasi bahawa kemungkinan pengumuman ini berkaitan dengan kerjasama Gaikai dengan Sony. Pada masa ini, masih tidak diketahui sama ada servis ini adalah untuk Playstation 3, Vita mahupun mana-mana lagi produk dari Sony.

Jadi, yang manakah akan membawa servis permainan video awan untuk Sony? Onlive atau Gaikai? Walau apa pun, ura-ura ini akan terjawab apabila E3 2012 akan berlangsung tidak lama lagi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s