G.I Joe: Retaliation Dilewatkan Sehingga 2013

Bagi mereka yang bersemangat untuk menonton G.I Joe: Retaliation pada minggu hadapan, anda pasti akan kecewa apabila Paramount mengumumkan mereka akan mempertontonkannya pada 23 Mac, 2013.

Kenapa ianya dilewatkan? Menurut Deadline, keputusan ini dilakukan kerana Paramount ingin menambah 3D didalam filem tersebut, memandangkan jualan filem 3D di peringkat antarabangsa sangat memberangsangkan.

Tambahan mereka lagi, Titanic 3D membawa kejayaan dan keuntungan besar bagi James Cameron, dan semestinya Paramount inginkan kejayaan yang sama untuk filem mereka ini. Penantian 9 bulan bagi filem yang dijadualkan untuk tontonan pada bulan hadapan adalah sangat lama dan peminat mungkin akan marah dengan keputusan ini.

Rotten Tomatoes

Apa pendapat anda? Adakah 3D membuat filem lebih berbaloi untuk ditonton? Bagi kami, keputusan Paramount ini bukan hanya kerana ingin menambah 3D di dalam filem tersebut, tetapi mereka tidak mahu bersaing dengan filem gergasi 2012 iaitu The Avengers dan tidak lama lagi pula, The Dark Knight Rises.

Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat sama ada kelewatan ini membuat G.I Joe: Retaliation berbaloi untuk ditonton.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s