Filem Shadows of the Colossus Disahkan

Permainan video Shadow of the Colossus merupakan salah satu permainan video yang paling diminati semasa ianya di pelantar Playstation 2 pada tahun 2005 yang lalu. Dan mengejutkan, ianya bakal dijadikan filem tidak lama lagi.

Deadline melaporkan bahawa Josh Trank, pengarah bagi filem Chronicle telah menandatangani kontrak bersama Sony Pictures untuk filem ini. Josh Trank pernah mengatakan beliau amat menyukai permainan video dan Shadow of the Colossus merupakan salah satu permainan kegemarannya.

Chronicle merupakan filem sulung beliau dan menerima lebih $13 Juta pada awal tahun ini. Di samping itu, beliau juga sedang dalam produksi filem baru Fantastic Four, Venom dan juga Red Star.

Shadow of the Colossus pula menceritakan seorang protagonis yang ingin menghidupkan kembali kekasihnya yang telah mati. Dan dalam desakan tersebut, beliau ke sebuah istana usang dan memanggil kuasa ghaib untuk menghidupkan kekasihnya dengan bayaran, protagonis tersebut hendaklah membunuh 16 Colossi di dunia mistikal itu.

Permainan video ini menerima pelbagai pujian atas grafiknya yang unik, serta jalan cerita yang menarik. Tambahan pula kesemua Colossi yang perlu dihadapan protagonis tersebut adalah gergasi yang amat besar menjadikan ianya permainan yang memerlukan strategi dan tahap kesabaran yang tinggi.

Tarikh bagi filem tersebut masih belum ditetapkan lagi. Walau apa pun, saya sebagai peminat besar Shadow of the Colossus tidak sabar untuk menanti filem ini ditayangkan kelak.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s