Reprisal: Permainan Seakan Populous

Reprisal membawa tema yang menjadikan Populous sungguh berjaya pada tahun 1989 dahulu tetapi dengan corak permainan baru dan grafik 8-bit yang menarik.

Populous pada tahun 1989 dahulu dibina oleh Peter Molyneux, yang terkenal dengan siri Fable. Ianya dikatakan sebagai permainan yang menjadikan pemain sebagai ‘Tuhan’. Reprisal pula merupakan versi daripada┬áJon Caplin, yang merupakan seorang pembina permainan video dan pelukis ilustrasi.

Pada pandangan pertama kami, visual pixel yang digunakan kelihatan menarik, disamping dengan menggunakan visual seperti tilt-shift yang memberinya visual yang kelihatan sangat unik. Penggunaan 8 bit juga memberi kesan nostalgia bagi mereka yang pernah memain permainan video Populous dahulu.

Reprisal memberi pemain sebanyak 30 peringkat, dan setiap peringkat mempunyai objektif yang berlainan, tambahan pula dengan dunia yang semakin besar untuk dikawal oleh pemain.

Anda juga boleh menyimpan permainan anda sekiranya anda perlu berhenti bermain seketika. Oleh itu, anda tidak perlu rasa bimbang sekiranya anda perlu berhenti bermain buat seketika. Jika anda ingin bermain lagi, anda hanya perlu load permainan yang sudah disimpan.

Reprisal adalah permainan pelayar yang menarik tetapi mempunyai corak permainan yang mendalam. Jadi bagi mereka yang rindukan Populous, ataupun suka akan permaianan yang menggunakan grafik 8-bit, anda boleh memainkannya sekarang secara percuma.

EDGE

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s