Pandang Pertama: Call of Duty: Black Ops 2

Seperti yang sedia maklum, Call of Duty: Black Ops 2 akan tiba pada 13 November tahun ini. Dan kami ada beberapa maklumat tentangnya.

Call of Duty: Black Ops 2 adalah sekuel bagi siri pertamanya, yang juga merupakan antara Call of Duty yang menerima pujian yang tinggi dari pelbagai pengulas permainan video. Dan kami mendapat beberapa info mengenai siri baru ini.

#1 Tahun 2025

CoD: Black Ops 2 kini akan berlatarbelakangkan pada masa depan. Atau lebih tepat lagi, 13 tahun di masa hadapan. Treyarch sebelum ini hanya membuat siri yang berada pada peranfg dunia ke-2 dan pada masa kini, seperti CoD: Black Ops. Dan bila pembinanya mula membawa siri ini ke masa hadapan, maka bolehlah mereka mula memasukkan teknologi futuristik ke dalam siri baru ini.

Tapi bila dilihat pada trailer semula, teknologi yang digunakan tidaklah terlalu maju hingga kelihatan tidak logik. Tetapi ia lebih kepada apa yang kita boleh capai mungkin dalam 5-10 tahun lagi. Sebagai contoh, kita dapat lihat beberapa Quadrotor Helicopter yang pada masa kini juga sudah ada, tetapi belum sempurna untuk penggunaan tentera.

#2 Pilihan pemain penting

Pada masa kini juga, corak permainan seperti Mass Effect dan Heavy Rain mula menjadi popular. Lebih-lebih lagi dengan keluar dari Telltales Games iaitu The Walking Dead yang memfokuskan kepada pilihan pemain. Begitu juga di dalam CoD: Black Ops 2 ini dimana dari info yang kami terima, apa yang pemain lakukan juga, memberi kesan terhadap pengakhiran permainan tersebut.

Sebagai contoh, sekiranya pemain memilih untuk mengikut laluan ini, ia akan memberik kesan terhadap apa yang berlaku seterusnya, dan yang sama juga akan berlaku jika pemain memilih yang sebaliknya. Jadi bolehlah kami katakan yang setiap pemain akan menerima pengakhiran yang berlainan.

#3 Punca peperangan: Bahan nadir bumi/Rare Earth elements

Di masa hadapan pula, peperangan lebih kepada memonopoli sumbr nadir bumi atau Rare Earth. Kenapa? Bahan inilah menjadai bahan utama di dalam pembuatan hampir kesemua teknologi di dunia seperti telefon bimbit, komputer dan paling penting, senjata.

Dan sumber ini pula masih dimonopoli oleh China. Jadi amat logiklah bila kami dapat tahu bahawa peperangan antara Amerika Syarikat dan China ini adalah mengenai sumber utama dunia.

#4 Misi ‘Strike Force

Treyarch mengatakan bahawa misi ‘Strike Force‘ ini membawa elemen permainan baru kepada siri ini. Misi ‘Strike Force‘ akan diterima pemain apabila mereka tiba di peringkat baru, dan mereka perlu memilih beberapa misi yang ditetapkan. Sama ada menggunakan helikopter untuk memberi bantuan udara, menggunakan Drone, mengambil posisi sebagai Sniper ataupun terus berada di posisi unit bawah untuk mencapai objektif.

Walaupun ia tidaklah kelihatan inovatif, tetapi pilihan-pilihan ini penting kerana anda boleh gagal dan secara automatik jalan cerita yang anda mainkan berubah.

#5 Masih lagi sekuel kepada Black Ops

Walaupun berada jauh dihadapan, tidak bermakan Black Ops 2 akan membawa karakter baru. Siri ini masuk lagi sekuel kepada Black Ops, dimana kali ini anda akan bermain sebagai David Mason, yang merupakan anak kepada Alex Mason. Kedua-dua karakter ini masih boleh dimainkan, tetapi di masa yang berlainan. David Mason pada 2025, dan Alex Mason pula pada tahun 1980.

Jadi inilah yang menjadi jawapan kepada persoalan kami apabila melihat kuda di dalam trailer tersebut. Tetapi, kali ini ia memaparkan antagonis baru iaitu Raul Menendez, yang akan berada dalam kedua-dua masa ini. Jadi permain dapat memahami lebih karakter ini, dan kenapa peperangan ini berlaku.

Pada masa penulisan ini, hanya ini sahaja info yang kami dapat mengenai Black Ops 2 ini. Corak permainan yang agak baru ini mungkin akan menaikkan semula nama francais Call of Duty. Masih banyak lagi info mengenai Call of Duty: Black Ops 2, dan kami akan menambahnya nanti.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s