Beberapa Gambar Mengenai Multiplayer God of War: Ascension

Di dalam God of War: Ascension, Kratos akan ada dalam, multiplayer?

Sedikit sinopsis mengenai God of War: Ascension. Siri ini mengenai perjalanan Kratos dari manusia biasa hinggalah dia menjadi Ghost of Sparta. Itu sahaja yang kami tahu pada masa ini. Tetapi apa yang menarik kali ini, adalah kemasukan mod multiplayer yang membolehkan permainan seramai 8 pemain.

Video di atas memperlihatkan askar-askar Sparta yang kelihatan seperti Kratos, dengan beberapa garisan merah di badan dan tangan mereka, menentang askar Greek yang diberi warna biru. Mereka berlawan untuk merebut kawalan mekanisma-mekanisma yang ada untuk mengikat Titan yang berada di belakang, juga ada masanya memukul arena tersebut dan mencederakan pemain yang ada berdekatan.

Dan apabila semua mekanisma itu telah didominasi oleh salah satu pasukan, mereka akan diberi The Javelin of Olympus dan pemain yang mengambilnya akan diberi peluang untuk membunuh Titan tersebut, di samping bantuan dari 3 lagi pemain dari pasukan yang sama, mengikat dan mengawal Titan tersebut.

Pada mulanya saya berasa agak skeptikal akan bagaimana permainan video yang selalu dimainkan secara solo, boleh membawa multiplayer dan menjadikannya menarik. Tapi apabila melihat video di atas, ia memang kelihatan agak unik bagi saya kerana walaupun ianya hampir sama seperti capture the flag, tetapi dalam masa yang sama ia juga amat berlainan dari mod itu.

Walau apa pun, multiplayer bagi God of War: Ascension kelihatan sangat menarik bagi saya, dan mungkin ia akan menjadi salah satu permainan video yang banyak dimainkan di atas talian apabila ia dilancarkan kelak.

imej dari laman Facebook Rasmi God of War: Ascension

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s