EA di peringkat akhir dalam The Consumerist: Syarikat paling teruk di Amerika

Susulan dari laporan kami minggu lepas, Electronic Arts (EA) harus berhadapan AT&T untuk ke peringkat akhir. Siapa sangka, mereka betul-betul akan berada di peringakat akhir?

EA kini pula harus berhadapan dengan Bank of Amerika, dan syarikat yang menang akan menerima anugerah ‘Golden Poo’. Dan mereka akan diiktiraf sebagai syarikat paling teruk buat selama-lamanya.

EA sudah lama menjadi bahan kritikan oleh peminat permainan video apabila dilihat cuba untuk memonopoli sesuatu francais. Sebagai contoh, francais NFL dimana EA mempunyai kontrak eksklusif dengan beberapa liga, sekaligus menghalang mana-mana syarikat lain untuk bersaing dengan francais tersebut.

Tambahan lagi, isu mengenai DLC Mass Effect 3, yang dikatakan oleh peminat siri tersebut sebagai tamak menambah lagi kebencian kepada syrarikat permainan video terkenal di dunia ini.

Mungkin sekiranya EA menang menentang Bank of America, EA akan akhirnya mendengar pendapat peminat video game di dunia, bahawa mereka sudah bosan dan meluat dengan apa yang mereka lakukan kepada industri permainan video sekarang ini.

wcia_bracket_2012_round5.png

consumerist.com

Keputusan bagi saingan ini akan diumumkan pada 4 April ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s