EA: ‘Minecraft Perlu Sokongan Penerbit’

Laporan dari indiegamemag.com melaporkan bahawa EA seperti ingin memiliki Minecraft dari Mojang. Tetapi, Markus Alexej Persson/Notch langsung tidak berminat.

Pengarah bahagian kreatif Electronic Arts, Rich Hilleman mengatakan, penerbit seperti EA mampu membawa permainan video terkenal itu, Minecraft ke tahap lebih tinggi. Katanya lagi, Mojang boleh melakukan lebih dari hanya mencipta permainan video yang baik, dan membawanya menjadi satu francais.

Beliau menambah lagi dengan mengatakan bahawa mereka sendiri di EA mempunyai beberapa cadangan untuk Minecraft sekiranya Notch sendiri berminat dengan tawaran ini. Sebagai contoh, mereka boleh meletakkannya di Origin, satu servis pembelian permainan video, sama seperti Steam.

Tidak lama kemudian, Notch sendiri memberi kenyataan tersebut di twitternya:

‘I’m sure EA is very successful at monetizing games, but the more we don’t do what they would do, the happier I am. #nooffense’

(saya pasti EA sangat berjaya dalam pengewangan permainan video, tetapi kami akan leih gembira sekiranya kami tidak lakukan apa yang mereka lakukan)

Notch sebagai salah seorang pembina permainan video indie, semestinya menolak tawaran ini, memandangkan dunia kini sangat tidak menyukai apa yang EA lakukan pada masa kini. Dan dengan kenyataan itu juga, Notch mungkin menerima tepukan yang gemuruh dari semua peminat video.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s