Electronic Arts Kini Di Suku Akhir ‘Syarikat Paling Teruk di Amerika’

Electronic Arts kini di suku akhir dalam ‘The Consumerist: Syarikat paling teruk di Amerika’. Mengejutkan? Tidak bagi kami.

Semua peminat permainan video mesti mengenali Electronic Arts. Mereka telah menghasilkan pelbagai permainan video sperti Need for Speed, FIFA dan pelbagai lagi permainan video terkenal. Tetapi, kenapa mereka ada di dalam senarai syarika paling teruk di Amerika?

Baru-baru ini, laman Consumerist.com mengadakan satu ‘pertandingan’ di mana anda boleh mengundi syarikat yang anda rasakan sebagai paling teruk. Dan buat kali pertamanya, satu syarikat permainan video berada di dalam senarai itu, iaitu Electronic Arts(EA).

EA sering dikatakan sebagai syarikat yang cuba mendominasi dunia permainan video dengan cara yang tamak. Seperti baru-baru ini, kontroversi mengenai DLC Mass Effect 3, yang betul-betul membuat peminat siri tersebut makin meluat dengan tindakan yang dilakukan oleh EA.

Dengan mereka berada di suku akhir menentang AT&T, sebuah syarikat telekomunikasi di Amerika Syarikat, adakah mereka akan terus ke separuh akhir, dan mungkin juga akan memegang takhta sebagai ‘Syarikat paling teruk di Amerika’?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s