Browserquest: MMORPG HTML5 Dari Mozilla

Browserquest merupakan MMORPG dari Mozilla (Firefox) menggunakan teknologi Websockets, yang membolehkan komunikasi secara berterusan di antara server dan pelayar web.

BrowserQuest

Penggunaan HTML5 juga menjadikan ia sesuatu yang unik, di mana Browserquest boleh dimainkan di mana-mana pelantar ataupun pelayar lain seperti Chrome dan Safari. Hinggakan jika anda bermain di PC, anda mengecilkan saiz pelayar anda, paparan permainan ini akan berubah untuk memenuhi saiz yang sedang anda gunakan. Jadi, anda boleh memainkannya di skrin besar, ataupun di telefon pintar anda.

BrowserQuest screenshot

Dari segi permainan pula, ia tidak ubah dari mana-mana MMORPG. Walaupun tiada kisah sendiri bagi karakter anda, tetapi anda boleh mengembara dunia Browserquest ini, berjumpa NPC lain, menaik taraf skill anda dan sebagainya.

Sekiranya berminat, anda boleh mencuba demonya di sini dan jika anda adalah seorang ‘coder’, anda boleh mendapatkan kod sumbernya di sini.

joystiq.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s