Ura-Ura: Playstation Generasi Baru Diberi Nama ‘Orbis’

Kebelakangan ini, banyak kedengaran tentang konsol-konsol baru seperti Xbox ‘Durango’ dan Steambox. Namun, laporan dari Kotaku ini mengatakan, Sony juga telah memberi nama bagi konsol baru mereka, iaitu ‘Orbis’.

Seperti biasa, ia juga mungkin hanyalah nama kod bagi Playstation generasi baru ini. Sebagai contoh, Playstation Vita dahulu pernah dikenali sebagai NGP. Tapi tidaK mustahil juga sekiranya nama ini juga adalah nami rasmi baginya. Ini kerana, Orbis sendiri berasal dari perkataan Latin, yang bermaksud ‘orbit’ ataupun bulat.

Dan jika digabungkan pula dengan Playstation Vita (Orbis Vitae), ia bermaksud ‘Circle of Life’ ataupun ‘Kitaran Hidup’. Jadi, adakah PS Vita memainkan peranan penting didalam pembangunan dan penggunaan konsol baru ini?

Spesifikasi ‘Orbis’

Sedikit spesifikasi untuk PS ‘Orbis’ adalah:

GPU bagi PS ‘Orbis’ ini dikatakan mampu memaparkan resolusi setinggi 4096×2160, yang jauh melepasi keupayaan television HD pada masa kini. Ia juga mampu memainkan permainan video 3D pada resolusi 1080p, yang buat masa ini, PS3 hanya mampu untuk memainkan permainan video 3D pada resolusi 720p sahaja.

Info Lain

Ura-ura juga ada mengatakan, kit pembangunan untuk PS ‘Orbis’ sudah pun mula diberikan kepada beberapa pembina perminanan video. Dan mungkin juga, pengumumannya akan diadakan pada musim perayaan tahun 2013 nanti.

PS ‘Orbis’ juga mungkin, sama seperti Xbox generasi baru, tidak membolehkan pengguna untuk menggunakan permainan yang telah dipakai guna. Untuk memiliki permainan baru, pengguna harus sama ada membeli cakera padat dari kedai, ataupun memuat turunnya dari PSN. Sekiranya pengguna membeli cakera padat, mereka perlu memiliki satu akaun PSN.

Tambahan lagi, sama seperti PS3, ia tidak membenarkan pengguna untuk memainkan permaian PS2. Kes yang sama mungkin akan terjadi untuk Playstation generasi baru ini, dimana Sony mungkin tidak akan meletakkan fungsi ‘backwards compatibility’ didalammnya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s