Wasteland 2 Akan Ada Untuk Mac Dan Linux Sekiranya Sumbangan Mencapai $1.5 Juta

Semalam kami ada melaporkan bahawa kempen Kickstarter bagi Wasteland 2 telah pun dimulakan. Sehingga kini, ianya sudahpun melepasi gol mereka iaitu $900,000.

Tambahan di halaman itu juga mengatakan sekiranya sumbangan baginya melepasi $1.5 juta, Wasteland 2 juga akan dibina untuk Mac. Kemudiannya, Brian Fargo mengatkan di Twitter-nya, mereka juga akan membina untuk versi Linux, dan kemungkinan untuk iPad sekali.

Memandangkan kempen ini akan berlangsung selama sebulan lagi, kami pasti mereka tidak akan mempunyai masalah untuk mendapat $1.5 juta. Malahan, kami jangkakan ia mungkin dapat menyamai sumbangan yang diterima oleh Tim Schafer yang mendapat $3.3 juta.

Brian Fargo juga ada mengatakan bahawa Liz Danforth, salah seorang pereka bagi siri asal Wasteland, akan kembali untuk menghasilkan Wasteland 2 ini.

Ikuti kami untuk perkembangan mengenai kempen Kickstarter Wasteland 2 dari Brian Fargo ini.

community.falloutwiki.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s