Playstation 4 Mungkin Di Dalam Pembangunan

Walaupun Sony mengatakan mereka akan kekal dengan jangka hayat 10 tahun bagi konsol mereka, tetapi beberapa petunjuk mungkin mengatakan bahawa Sony dalam perancangan untuk pembinaan Playstation 4.

Sony Computer Entertainment America ada meletakkan satu jawatan untuk ‘pelatih’ selama 12 bulan untuk ‘Next Gen. Team’ mereka. Kelayakan untuk posisi ini juga adalah tinggi, dan mereka juga harus menandatangani perjanjian untuk tidak mendedahkan sebarang maklumat kepada umum.

Satu lagi pula adalah dari Guerilla Games, yang terkenal dengan siri Killzone. Sudah menjadi kebiasaan, permainan video dari Guerilla Games adalah eksklusif untuk Sony sahaja, tetapi mereka memerlukan ‘Art Director’ yang akan bekerjasama dengan ‘peneraju industri di dalam teknologi generasi baru dengan perancangan untuk IP baru’

E3 2012 mungkin akan menyaksikan pengumuman ini dari Sony sendiri, memandangkan Nintendo sudah pun memaparkan Wii U dan Microsoft pula sudah mula dalam pembinaan Xbox generasi baru mereka.

itproportal.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s