14,000 Peminat Mass Effect 3 Mahukan Pengakhiran Yang Lain

Selepas Bioware dikecam dengan kontroversi kandungan muat turun/DLC mereka, kini sekali lagi mereka menerima respon dari peminatnya yang mahukan pengakhiran bagi Mass Effect 3 yang lain.

Ini kerana bagi mereka, pengakhiran bagi trilogi ME ini sangat tidak memuaskan hati, kerana setiap perlakuan dan keputusan yang mereka lakukan semasa bermain, hampir tidak memberi pengakhiran yang berlainan, malah bagi mereka, kesemuanya lebih kurang sama.

Kini, ramai peminatnya yang memulakan kempen meminta Bioware sama ada memberi DLC baru, atau mengemaskini permainan video tersebut, untuk memberi pengakhiran yang baru.

Peminatnya menggunakan media sosial seperti Twitter dan Facebook, dan ada juga petisyen atas talian, yang sehingga kini mempunyai 16,000 penanda tangan dan 87% daripadanya menyokong kempen ini.

Jadi adakah kempen ini akan berjaya memujuk Bioware untuk mengemaskini Mass Effect 3?

mediablasphemy.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s