Assassin’s Creed 3 Bermula Dari Bawah

Salah satu permainan video yang amat dinanti-nantikan adalah Assassin’s Creed 3. Di GDC baru-baru ini, Pengarah Kreatif AC3 mengatakan corak permainan yang baru ini adalah lebih pantas dan mudah dan terus mengatakan ‘dalam masa 30 minit apabila anda mula, anda akan terus membunuh seorang karakter’.

Siri baru ini juga membawa karakter baru ini menjelajah masa dimama pemain akan terus mengenali sejarah-sejarah dan orang penting berdasarkan latar belakang siri ini. Sebagai contoh, sebelum ini dalam AC 2, pemain akan terus mengenali siapa Da Vinci dan kali ini pula, mereka akan bertemu dengan karakter seperti George Washington.

Terusnya lagi, dengan perubahan latar belakang yang baru dan karakter yang baru, ini membolehkan mereka membuang mekanik permainan yang mereka tidak suka sebelum ini. Ini bermakna pemain tidak akan terasa seperti karakter-karakter dahulu seperti Ezio.

Tambahnya lagi, tonggak utama siri baru ini tetap menjadi pembunuh di samping melalui pelbagai peristiwa sejarah dalam Revolusi Amerika. Walaupun ia tidak mempunyia bangunan-bangunan tinggi seperti siri yang sebelum ini, tetapi pemain dapat merasa seperti berada di zaman tersebut seperti kebakaran besar di New York mahupun berada di Valley Forge dan melihat George Washington berhenti berehat di situ.

oxm.co.uk

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s