Syndicate Dilarang Penjualannya Di Australia

Laporan dari Kotaku.com.au mengatakan Majlis Klasifikasi Australia telah melarang penjualan permainan video dari Starbreeze Studios iaitu Syndicate. Ini kerana mengikut laporan, permainan video ini bukan sahaja membenarkan pemain memenggal kepala musuh menggunakan pelbagai senjata, malah pemain juga boleh terus menghancurkan mayat musuh tersebut.

Oleh sebab itu, Majlis Klasifikasi Australia tidak dapat memberi apa-apa klasifikasi untuk permainan tersebut dan penjualan baginya adalah dilarang. Tidak seperti di US, permainan seperti ini mungkin boleh diberi ‘Adults Only’. Tetapi di Australia, klasifikasi tertinggi bagi sesebuah permainan video hanyalah MA15+. Dan sebab inilah kenapa ramai yang mencadangkan supaya diwujudkan satu lagi klasifikasi R18+.

Syndicate yang dibangunkan oleh Starbreeze Studios untuk EA ini adalah binaan semula permainan pertama bagi siri tersebut pada tahun 1993. Dahulunya, permainan ini berasaskan taktikal, namun bagi siri baru ini, ianya diubah semula sebagai FPS ataupun ‘First Person Shooter’. Permainan video ini dijangka keluar pada 21 Februari 2012 untuk Amerika Utara dan Eropah untuk Playstation 3, Xbox 360 dan PC.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s