Permainan Video DC Comics Tidak Lagi Berkait Dengan Filemnya

Selepas kejayaan Batman: Arkham Asylum dan Arkham City, Warner Bros. Montreal ada mengatakan kepada Canadian Business bahawa akan ada lebih banyak lagi permainan video berdasarkan DC Comics. Namun mereka tidak akan membina permainan video berdasarkan sebarang filem mereka.

Penerbit Eksekutif dan Naib Presiden Warner Bros Montreal mengatakan mereka akan lebih memfokuskan kepada komik tersebut, dan bukannya plot yang direka untuk filem-filem DC Comics. Tambahan lagi, dengan mengelakkan pengeluaran permainan video dengan tarikh keluaran filem, ia lebih membantu dalam menjadikan permainan video itu lebih bagus. Ini kerana para pembina akan lebih fokus untuk membina permainan video yang berkualiti, dan bukannya mengejar tarikh keluaran filem tersebut.

Melihat betapa bagusnya kedua-dua siri Batman dari Warner Bros. dan Rocksteady ini, kami yakin keluaran seterusnya pasti akan setaraf, atau pun lebih hebat dari permainan video mereka sekarang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s